Sejarah Angsa Tompok Kapas

Sehingga tahun 1950an, angsa Tompok Kapas banyak dibela di kawasan ladang dan rumah ladang di selatan Amerika Syarikat sebagai unggas pelbagai-guna untuk mengawal rumpai, daging, telur, bulu down, dan gris. Tabiat makannya membuatkan ladang-ladang bebas dari rumput-rumpai dan dedaun lain, tanpa menjejaskan bijiran dan mengurangkan jumlah buruh yang diperlukan. Selepas pertengahan kurun ke-20, racun rumpai mengantikan penggunaannya di ladang-ladang Amerika, menyebabkan populasinya mula berkurangan. Ia kini dianggap kritikal diancam oleh Pemeliharaan Baka Ternakan Amerika, Persatuan untuk Pemeliharan Unggas Antik dan Persatuan Unggas Amerika. Kehilangannya secara besar-besaran di ladang-ladang selatan Amerika Syarikat di mana ia dahulunya mudah ditemui. Angsa Tompok Kapas juga dimasukkan ke dalam Ark of Taste oleh Slow Food USA, sebuah katalog makanan warisan yang diancam kepupusan.